Sunday 27 May 2012

LATAR BELAKANG SUBJEK


Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran
teras berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata
pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui
penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan
teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah
mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran
ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh
bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia
teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk
sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi
dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.
Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah
berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan.
Disamping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan
perniagaan turut diberi tumpuan.

Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa
menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat
diwujudkan.

Sunday 11 March 2012

Selamat datang ke blog Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. Semoga apa yang terdapat dalam blog ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.