tag:blogger.com,1999:blog-76784371777172943672024-02-20T08:20:09.406-08:00PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADUPn. Markhdayuhttp://www.blogger.com/profile/09319658508178642509noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-7678437177717294367.post-92187257946232669362012-05-27T06:33:00.002-07:002012-05-27T06:33:41.384-07:00LATAR BELAKANG SUBJEK

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran

teras berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata

pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui

penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan

teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah

mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran

ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh

bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia

teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk

sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi

dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.

Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah

berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan.

Disamping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan

perniagaan turut diberi tumpuan.

Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa

menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat

diwujudkan.
Pn. Markhdayuhttp://www.blogger.com/profile/09319658508178642509noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7678437177717294367.post-33111369784179161872012-03-11T06:55:00.001-07:002012-03-11T06:55:16.724-07:00Selamat datang ke blog Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. Semoga apa yang terdapat dalam blog ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.Pn. Markhdayuhttp://www.blogger.com/profile/09319658508178642509noreply@blogger.com0